Pages

Friday, 9 December 2011

Matlamat Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Tumblr_lstbm4ejfd1qj3dkuo1_500_large

Assalamualaikum. ^^

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita telah ditempatkan di sebuah sekolah SBP.
Tapi, apa benefits yang boleh kita peroleh daripada SBP? 
Mungkin ada yang masih berfikir dua tiga kali 'Perlu ke masuk SBP? Sama je kot macam sekolah lain.'
Jadi, disini saya senaraikan beberapa matlamat SBP.

  1. Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
  2. Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
  3. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
  4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
  5. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
  6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.
  7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.
  8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.
  9. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.
  10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan 2020.


Apa lagi? SBP pihak SBP sudah berusaha?
Anda yang menentukan masa depan.
Goodluck.

No comments: